Program Training of Trainers (ToT) Kempen Internet Selamat Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan
25 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2026, telah berlangsung Program Training of Trainers (ToT) Kempen Internet Selamat sempena Program Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan. Program ini merupakan inisiatif persediaan pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi serta membentuk sahsiah dan kepimpinan generasi muda yang berdaya saing. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan mereka sebagai agen penyampai maklumat dan rakan pembimbing dalam menyebarluaskan mesej keselamatan internet kepada komuniti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: